You are here

‘Kuasa’ Erin, Arja & Shima

Persahabatan tiga selebriti ini sa­ngat mengagumkan. Bermula sebagai rakan sesama artis, hubungan mereka bertambah erat dan ibarat belangkas hingga ke mana-mana pun bersama.
‘Kuasa’ Erin, Arja & Shima, info, terkini, artis, hiburan, artis, pelakon
Erin Malek, Arja Lee dan Shima Anuar, tiga pelakon yang semakin kukuh membina empayar dalam industri hiburan tanah air. Kehadiran mereka kian disenangi malah bakat serta usaha-keras mereka dihargai peminat yang sentiasa menyokong.

Begitulah juga situasi­nya sesama mereka di mana ketika ada yang mahu diluahkan baik peribadi mahupun kerjaya, pasti setiap seorang akan setia di sisi.

Bukan setakat menyapa manja, malah masing-masing saling mempercayai antara satu sama lain.

Atas dasar ikatan indah mereka bertiga itulah juga Erin, Arja dan Shima digandingkan pada sesi fotografi ini, lebih-lebih lagi setiap mereka punya kisah menarik untuk dikongsikan mengenai persahabatan itu.

Baca : Julia Ziegler Mengamuk lagi Di Instagram?

Sumber : hmetro.com.my

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment