You are here
berita 

KSN buat lawatan mengejut tinjau perkhidmatan awam

Quote:

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini membuat lawatan mengejut ke dua jabatan kerajaan di sini dan akan meneruskan siri lawatan sedemikian ke jabatan dan agensi kerajaan bagi melihat perkhidmatan yang diberikan selain mengukur kepuasan rakyat

Beliau mengadakan lawatan mengejut ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Farmasi Hospital Putrajaya bagi mendapatkan maklum balas orang ramai terhadap perkhidmatan yang diberikan

Merumuskan tinjauannya, beliau secara keseluruhannya berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan kedua-dua jabatan berkenaan yang turut melakukan penambahbaikan dalam usaha memberikan layanan terbaik kepada pelanggan mereka

“Di JPN, walaupun kaunter sepatutnya tutup pada 4.30 petang, tetapi mereka akan selesaikan semua kes pada hari sama dan sanggup bertugas lebih masa

Saya puji perkhidmatan yang diberikan ini,” katanya kepada Bernama semasa melawat wad pediatrik Hospital Putrajaya di sini hari ini

Beliau berkata birokrasi Bahagian Farmasi Hospital Putrajaya pula didapati sudah berkurangan apabila pesakit boleh mengambil ubat terus di kaunter berbanding dahulu yang memerlukan pendaftaran di kaunter lain

Ali berkata lawatan itu adalah selaras dengan seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu penjawat awam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.”Jadi, saya akan mengadakan beberapa lawatan tanpa makluman kepada agensi supaya kita dapat lihat sendiri bagaimana rakyat dilayan… mengucapkan terima kasih kepada agensi yang memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya

Dalam lawatan ke wad pediatrik itu, yang turut disertai Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam (Puspanita) Puan Sri Rohani Abdulla, Ali turut menyampaikan sumbangan Puspanita berjumlah RM140,000 kepada hospital tersebut

Sumbangan itu terdiri daripada dua unit ‘high end infant warmer’ bernilai RM100,000, 50 unit kerusi roda, kos baik pulih tandas spesimen serta sumbangan kewangan dan pek nutrisi kepada 45 pesakit kanak-kanak

http://www.sinarharian.com.my/nasion…matan-1.612634


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts