You are here
berita 

KKM sahkan tiada beras plastik dijual di negara ini

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

TIGA jenis beras palsu yang didakwa dijual di negara ini

Quote:

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan beras jenama Kokeshi Rice, Kohinoor Basmati Rice, NICR.RICE yang didakwa dihasilkan daripada plastik, tidak dijual di negara ini

Turut mengesahkan perkara itu adalah syarikat Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) bahawa Malaysia tidak mengimport beras berkenaan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata beras yang diimport ke negara ini kebiasaannya daripada Vietnam, Thailand dan Pakistan sebagaimana dimaklumkan oleh BERNAS

“Menurut BERNAS, kesemua beras tersebut diimport secara pukal dan akan dibungkus di negara ini dalam pelbagai saiz bungkusan

“Dengan penjelasan ini, orang ramai tidak perlu khuatir kerana aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan makanan di pasaran selamat

“Sekiranya pengguna ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu makanan di pasaran, pengguna boleh membuat aduan kepada kementerian melalui Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat

“Aduan juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM),” katanya dalam kenyataan, hari ini, mengulas isu beras palsu yang viral di media sosial kebelakangan ini

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/240331


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts