You are here
berita 

Kilang Coca-Cola mula beroperasi di Gaza


KILANG Coca-Cola yang pertama di kawasan timur perindustrian bandar Gaza. – Foto AFP


A new Coca-Cola bottling factory opened in Gaza Strip November 30, 2016, where the unemployment rate is 40 percent (photo by: MOHAMMED ABED/AFP)

BANDAR GAZA: Operasi kilang Coca-Cola yang pertama di Semenanjung Gaza, diharap dapat meyakinkan pelabur untuk menjalankan perniagaan di wilayah itu.

Pengurus Palestinian Coke Gaza, syarikat francais milik National Beverage Company (NBC), Yasser Arafat, berkata usaha sama itu akan menghantar satu mesej kepada pelabur bahawa wilayah terkepung Palestin masih dibuka untuk perniagaan.

“Ia membuktikan pelaburan di Gaza boleh berjaya. Jika kami boleh beralih daripada ketakutan, kami boleh mengurangkan pengangguran,” katanya.

Terletak beberapa ratus meter dari sempadan dengan Israel, kemudahan pembotolan baharu berharga AS$20 juta (RM89.11 juta) itu dibukan secara rasmi, Rabu lalu.

Kilang seluas 15,000 meter persegi itu akan menyediakan kira-kira 120 peluang pekerjaan dengan segera, dengan jangkaan pertambahan sehingga 270 kakitangan.

Israel mengekalkan sekatan ke atas wilayah terkepung Palestin itu selama sedekad, kononnya bertujuan menghalang pergerakan Islam Hamas, yang mentadbir semenanjung itu, daripada mengembangkan keupayaan tenteranya. – AFP

http://www.bharian.com.my/node/219969

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts