You are here
berita 

Khazanah untung RM1.56 bilion tahun lalu

Quote:

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM1.56 bilion pada 2016, meningkat 32 peratus berbanding RM1.18 bilion yang direkodkan pada 2015

Keuntungan sebelum cukai terkumpul sayap pelaburan kerajaan itu sejak Mei 2004 pula sudah mencecah RM25.08 bilion

Khazanah mengisytiharkan dividen RM650 juta bagi 2016, menjadikan jumlah dividen yang diisytiharkan sejak Mei 2004 sebanyak RM9.11 bilion

Cukai yang dibayar tahun lalu adalah RM123 juta, menjadikan jumlah cukai yang dibayar sejak 2004 sebanyak RM1.55 bilion

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata syarikat mencatatkan keuntungan dan prestasi berdaya tahan pada 2016, di tengah-tengah persekitaran ekonomi global yang mencabar serta tidak menentu yang menjejaskan semua pasaran penanda aras serta mata wang

“Di sebalik kelemahan umum di dalam persekitaran pasaran global serta pasaran ekuiti dan mata wang, kualiti serta kekukuhan portfolio Khazanah memastikan penghasilan nilai jangka panjang tetap bertahan,” katanya pada taklimat media di sini, sebentar tadi

Azman berkata, persekitaran pasaran serta perniagaan global yang turun naik, tidak menentu serta rumit dijangka akan berterusan pada tahun ini

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/234143


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts