You are here
berita 

Ketua Balai Bomba Langkawi dipenjara kes rasuah

ALOR SETAR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 40 bulan dan denda RM60,000 ke atas Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi, atas dua kesalahan rasuah yang didakwa dilakukannya pada 2012.

Hukuman diputuskan Hakim Zanol Rashid Hussain, ke atas tertuduh, Yaakob Hassan, 48, selepas meneliti kesalahan dilakukan yang disifatkan sebagai serius. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Hakim kemudian memutuskan hukuman penjara 20 bulan bagi kedua-dua kes dengan denda RM50,000 bagi pertuduhan pertama dan RM10,000 bagi pertuduhan kedua.

http://www.bharian.com.my/node/259814

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts