You are here
berita 

Kerajaan kaji jual rumah kepada warga asing guna dolar AS – Tan Sri Noh Omar

TAN Sri Noh Omar berucap pada sesi sidang media sempena lawatan ke Simpang Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan. Turut bersama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan, Datuk Jalaluddin Alias (kiri)

Quote:

SIMPANG PERTANG: Kerajaan sedang mengkaji untuk menggunakan mata wang Amerika Syarikat (AS) dalam mekanisme penjualan rumah kepada warga asing

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, berkata ini termasuk penentuan harga rumah berdasarkan mata wang negara itu, selain pembelian rumah

Katanya, ketika ini hanya rumah berharga lebih RM1 juta boleh dijual kepada warga asing

Bagaimanapun, katanya, ketidaktentuan nilai mata wang negara menyebabkan harga RM1 juta akan menjadi terlalu murah kepada warga sesetengah negara tertentu

“Kementerian sedang membuat kajian berhubung perkara ini dan akan bentangkan kepada Kabinet untuk membuat keputusan akhir, ” katanya dalam sidang media selepas lawatan kerja di sekitar pekan ini, hari ini

Sementara itu, Noh berkata kementerian tidak akan menyokong tindakan kerajaan Pulau Pinang untuk menurunkan harga rumah yang dijual kepada warga asing dari RM1 juta kepada RM800,000

Katanya, tindakan itu bercanggah dengan dasar Kerajaan Persekutuan yang mahu mengutamakan rakyat tempatan untuk memiliki rumah

“Memang kerajaan negeri berkuasa menentukan harga rumah, tetapi pemaju perumahan perlu mendapatkan kebenaran kementerian jika mahu menaikkan atau mengurangkan harga rumah,” katanya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/259532


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts