You are here

Kepala jumpa, badan tak jumpa

TELANGANA – INDIA. Kepala seorang manusia yang dipenggal ditemui di atas sebuah tembok bangunan agama di Bottuguda, hari ini.

Khaleej Times mengatakan mangsa dikenali sebagai P Ramesh, 25. Gerakan mencari badan mangsa giat dijalankan oleh polis.

Menurut polis, Ramesh yang bekerja sebagai pemandu traktor di sebuah ladang telah dibunuh selepas keluar daripada rumahnya malam kelmarin untuk membeli ubat.

Kes tersebut yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh itu adalah yang kedua berlaku di bandar tersebut, minggu ini.

Terdahulu, suami seorang pegawai kerajaan tempatan, B. Srivinas dibunuh dengan batu selepas terlibat dalam pergaduhan pada 24 Januari lalu.

http://www.sinarharian.com.my/global…jumpa-1.790899

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts