You are here
berita 

Kelisa putus dua bertembung Myvi, 2 maut 4 parah

Mangsa dalam dua kereta yang bertembung. – Foto Ihsan Pembaca


Keadaan dua kereta yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Bukit Putus, pagi ini. – Foto Ihsan Pembaca

Seremban: Dua lelaki berusia 30-an terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Seremban-Kuala Pilah, berhampiran Bukit Putus di sini, hari ini, dengan satu daripada kereta terbabit terputus dua.

Jurucakap bomba berkata, tiga wanita dan seorang lelaki berusia 30-an cedera parah dalam kemalangan 8.10 pagi itu.

Buat masa ini identiti mangsa yang terbunuh dan cedera masih belum diketahui.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku apabila kereta Perodua MyVi dari arah Seremban bertembung dengan Perodua Kelisa.

“Bomba yang menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu mengerahkan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Senawang serta Seremban ke lokasi.”

“Sebaik tiba, dua lelaki didapati sudah meninggal dunia manakala tiga wanita serta seorang lelaki parah.

“Mayat dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, untuk tindakan lanjut,” katanya.

Quote:






http://www.hmetro.com.my/node/204263

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts