You are here
berita 

Kelantan galak suami berpoligami bagi yang memenuhi syarat

MENTERI Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (dua dari kanan) bersama Mumtaz Md Nawi (dua dari kiri) melancarkan Majlis Sambutan Hari OKU Muqarrabun peringkat negeri Kelantan di Dewan Besar, Balai Islam, Lundang, Kota Bharu

Quote:

KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan menggalakkan suami yang memenuhi syarat mengikut tuntutan Islam untuk berpoligami

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi, berkata bagi mereka yang tidak memenuhi syarat berpoligami, memadai seorang isteri bagi mengelakkan timbul masalah dalam keluarga

Beliau berkata, dalam Islam matlamat perkahwinan itu untuk melahirkan zuriat yang berkualiti

“Di Kelantan kita galakkan berkahwin sama ada perkahwinan itu yang pertama atau kedua bagi yang layak

“Mereka yang memenuhi syarat (berpoligami) penting luahkan (keinginan) di Mahkamah Syariah dan jangan buat tindakan kahwin di luar negara, tidak mengikuti adab atau saluran yang betul

“(Ini kerana) daripada perkahwinan akan ada zuriat. Jadi, kita tidak mahu anak atau isteri dinafikan hak mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Orang Kelainan Upaya (OKU) Maqarrabun negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Balai Islam di sini, hari ini

Mumtaz berkata, sebagai galakan sebelum berpoligami, kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri mengadakan kuliah atau program penerangan pendidikan rumah tangga

“Dalam hal ini, kita adakan kuliah termasuk motivasi dalam perkahwinan, dasar keluarga mawaddah dan galakan untuk berpoligami bukan dalam bentuk duit tapi memberi ilmu

“Kalau kamu (suami) tak boleh berlaku adil kahwin satu saja dan kalau (mahu berpoligami) sebagai tempat untuk memuaskan nafsu, itu bukan sasarannya, ” katanya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/243203


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts