You are here
berita 

Kedai runcit di AS dikecam pamer papan tanda antiIslam

Quote:

LOS ANGELES: Sebuah kedai runcit di New Mexico, Amerika Syarikat dikecam selepas menaikkan papan tanda kontroversi di depan kedainya, termasuk yang berbunyi ‘Obama & orang Islam tidak dialu-alukan di sini’

Kedai yang terletak di pekan kecil Mayhill, kira-kira 265 kilometer tenggara bandar Albuquerque itu dilapor memaparkan papan tanda itu sejak beberapa tahun lalu

Ia didedahkan seorang pengembara yang terlihat paparan terkini di kedai itu sebelum memaklumkan kepada stesen televisyen

Seorang bekas pekerja yang ditemuramah penyiar TV tempatan KOB, Marlon McWilliams, berkata pemilik kedai itu akan menghalau pelanggan yang tersinggung dengan papan tanda itu

“Papan tanda itu sudah lama ada di sini. Jika anda pergi ke sana dan menyinggung perasaannya, anda tidak boleh masuk ke sana lagi,” kata McWilliams kepada KOB

Jurucakap Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR), Ibrahim Hooper, berkata walaupun semua rakyat tertakluk di bawah pindaan pertama yang memberi hak untuk bebas bersuara, termasuk kata-kata yang menyakiti hati, pihaknya menggesa pemilik kedai supaya menurunkan tanda itu demi kepentingan umum dan perpaduan negara

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/230759


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts