You are here
berita 

Kebakaran hutan di Portugal, ramai rentung dalam kereta, 62 maut

PASUKAN bomba berusaha mengawal api yang marak akibat kebakaran hutan di Penela, Coimbra, tengah Portugal. – Foto AFP

PENELA, Portugal: Angka korban kebakaran hutan di Portugal terus meningkat kepada 62 orang, kebanyakannya mati rentung dalam kereta, kata kerajaan hari ini.

Kebakaran itu tercetus di kawasan Pedrogao Grande di tengah Portugal, semalam sebelum merebak pantas ke kawasan lain.

Setakat tengah hari tadi, hampir 900 anggota bomba dan 300 jentera masih bertungkus-lumus memadamkan api yang memusnahkan sekitar bandar itu.

“Amat malang kerana ini adalah tragedi kebakaran hutan paling teruk sejak beberapa tahun lalu,” kata Perdana Menteri, Antonia Costa yang mengisytiharkan tiga hari berkabung, mulai hari ini. – AFP

http://www.bharian.com.my/node/294404

Quote:


Kebakaran hutan di Pedrogao Grande, Portugal, yang sudah mengorbankan 57 orang. – foto EPA

SEKURANG-KURANGNYA 57 disahkan maut akibat kebakaran hutan di kawasan Pedrogao Grande, 200 kilometer dari Lisbon, Portugal, sejak semalam.

Seramai 59 lagi cedera dan dikejarkan ke hospital, termasuk lima yang kritikal. Ratusan anggota bomba sedang berusaha memadam kebakaran itu dan banyak jalan ditutup.

Cuaca panas serta petir tanpa hujan dipercayai menjadi punca kebakaran itu.

Siaran televisyen menunjukkan ratusan penduduk dirawat kerana terhidu asap di khemah perubatan sementara manakala penduduk yang kehilangan tempat tinggal, dibawa ke penempatan sementara.

http://www.hmetro.com.my/global/2017…ebakaran-hutan


Quote:









Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts