You are here
berita 

KDN rampas hiasan silap ayat al-Quran

PEGAWAI dan anggota Kementerian Dalam Negeri merampas barangan hiasan ayat al-Quran di premis di Nilai 3 selepas memdapati beberapa kesilapan tanda dan bacaan serta penulisannya

Quote:

Nilai: Enam premis menjual barangan hiasan menggunakan ayat al-Quran di Pusat Perniagaan Nilai 3 di sini, diserbu Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini

Operasi Antara Negeri itu dijalankan pihak berkenaan bagi mengesan dan memeriksa kesalahan teks al-Quran pada barangan hiasan yang dijual kepada pelanggan

Ketua Operasi Shamsinar Mohd Jaafar berkata, 60 pegawai dan anggota daripada Bahagian Penerbitan dan Kawalan Teks Al-Quran serta polis terbabit dalam operasi 8.30 pagi hingga 3 petang

“Kita menjalankan pemeriksaan di enam premis dan mendapati banyak kesalahan tulisan dan huruf ayat al-Quran pada barangan hiasan dijual. Ada juga ayat al-Quran yang dibuat dalam bentuk pedang, pisau dan pasu yang jelas menyalahi undang-undang

“Semua barangan itu dirampas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 dan Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya ketika ditemui dalam operasi berkenaan, hari ini

http://www.hmetro.com.my/node/206533


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts