You are here
berita 

Kapal kargo selamatkan peluncur hanyut 16 jam

SEORANG lelaki Jepun diselamatkan selepas hanyut dan bermalam di atas papan luncur beberapa kilometer (km)di luar pantai timur Australia

MANGSA bergayut pada boya yang dicampakkan kapal Mediterranean Shipping Company

Quote:

SYDNEY: Seorang lelaki Jepun diselamatkan selepas hanyut dan bermalam di atas papan luncur beberapa kilometer (km)di luar pantai timur Australia

Lelaki berusia 37 tahun itu memberitahu polis, arus menolaknya ke laut lepas di luar Pantai Bulli, 80 km di selatan bandar ini petang Khamis

“Beliau bergayut pada papan luncur sepanjang malam dan menghabiskan kira-kira 16 jam di laut,” lapor penyiar Australian Broadcasting Corporation (ABC)

Ombak terlalu besar menyebabkan lelaki itu gagal berenang semula ke pantai menentang arus kuat. Kru kapal kontena yang melalui kawasan itu, MSC Damla, menemui mangsa duduk di atas papan luncur kuning sejauh enam km dari pantai dan menariknya menaiki kapal 300 meter itu

Gambar di Facebook menunjukkan mangsa bergayut pada boya dicampakkan kapal Mediterranean Shipping Company itu

Kru kapal memberinya makan dan minum serta pakaian untuk memanaskan badan sebelum menghubungi pihak berkuasa

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/234512


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts