You are here
berita 

Kanak-kanak maut dilanggar lori bapa saudara ketika alihkan kenderaan

Quote:

Kangar: Kanak-kanak perempuan berusia setahun sembilan bulan maut dilanggar lori dipandu bapa saudaranya yang sedang mengalihkan kenderaan itu di kawasan halaman sebuah rumah di Kampung Padang Gelam, Sanglang, di sini, hari ini

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, pemandu lori itu dikatakan tidak menyedari mangsa, Nurul Batrisya Nasrul Hadi, dipercayai berlari keluar dari rumah untuk melihat jentera menuai padi berada sebelum mangsa dilanggar

Ibunya, Shakirah Bakar, 33, berkata dia tidak menyedari kejadian itu sehinggalah abangnya masuk ke dalam rumah memberitahu anaknya dijumpai terbaring berhampiran tayar belakang sebelah kanan lori

Menurutnya, mereka terus membawa Nurul Batrisya ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, namun kanak-kanak itu gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia

Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

http://www.hmetro.com.my/node/196324


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts