You are here
berita 

KANAK-kanak lelaki berusia lapan tahun, Menemui Ajal ketika bermain air banjir

KANAK-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemui lemas selepas terjatuh di kawasan parit berhampiran kuarters pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Jalan Lembaga Elektrik, Kampung Beaufort Selatan, Beaufort, hari ini.

Dalam kejadian 3 petang itu, Mohd Haikal Matlan ditemui hampir 60 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh sebelum dibawa ke Hospital Beaufort dan disahkan meninggal dunia sejurus kemudian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort Runzee Abdul Thani berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 3.21 petang sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi untuk operasi menyelamat.

“Berdasarkan maklumat awal, saksi mendakwa mangsa bermain air banjir di kawasan parit berhampiran kuarters itu sebelum dipercayai terjatuh dan dihanyutkan oleh arus deras.

“Mangsa ditemui oleh sekumpulan penduduk kampung kira-kira 60 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh,” katanya.

Beliau berkata, sebuah jentera dengan kekuatan seramai sembilan anggota BBP Beaufort terbabit dalam operasi itu.

“Operasi ditamatkan pada jam 4.24 petang,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2…ain-air-banjir

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts