You are here
berita 

Kaki kanak-kanak tersepit jejari roda basikal

Quote:

TAIPING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terpaksa menahan kesakitan lebih setengah jam selepas kaki kirinya tersangkut pada jejari roda basikal di rumahnya di Taman Long Jaafar, di sini, petang tadi

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, mangsa, Fatih Amsyar Noor Hakimi, dikatakan membonceng basikal yang ditunggang ibunya sebelum sebelah kakinya termasuk ke bahagian jejari roda basikal berkenaan

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping, Penolong Bomba Kanan II, Izuan Che Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.53 petang mengenai kejadian itu daripada ibu mangsa

“Saya bersama empat anggota lain bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kaki mangsa tidak dapat dikeluarkan daripada roda basikal berkenaan

“Kita menggunakan pemotong besi untuk memotong jejari rim basikal itu dan berjaya mengeluarkan kaki mangsa sebelum bapa mangsa membawanya ke hospital,” katanya ketika dihubungi malam ini

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/220959


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts