You are here
berita 

Kadar inflasi 2017 akan meningkat kepada 3 peratus – RHB Research

KUALA LUMPUR: RHB Research menjangka inflasi akan meningkat kepada tiga peratus tahun ini daripada 2.1 peratus pada 2016, katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Jangkaan itu dibuat berdasarkan harga bahan api yang lebih tinggi, penghapusan subsidi ke atas harga barang terpilih, peningkatan kos perniagaan serta penyusutan ringgit yang menyebabkan harga import yang lebih tinggi, katanya.

“Kadar inflasi naik kepada 3.2 peratus tahun ke tahun pada Januari 2017, daripada +1.8 peratus pada Disember dan November 2016. Ini disebabkan pemulihan dalam kos pengangkutan,” katanya.

Firma penyelidikan itu berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras semasa, iaitu tiga peratus pada 2017.

“Ia hanya penolakan kos dan kami percaya BNM boleh bertolak-ansur tanpa mengetatkan dasar kewangan walaupun tekanan inflasi yang lebih tinggi,” katanya dengan menambah, kelemahan mata wang akan menyebabkan BNM mempunyai ruang terhad untuk menurunkan kadar itu.
Inflasi meningkat pada Januari 2017, berikutan pemulihan dalam kos pengangkutan manakala kos makanan dan minuman naik pada bulan itu. — Bernama

http://www.astroawani.com/berita-bis…esearch-133325

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts