You are here
berita 

Jutawan satu hari

Mumbai: Seorang tukang gunting rambut di Lakhimpur Kheri di Uttar Pradesh menjadi jutawan selama satu hari selepas sebuah bank tersilap mengkredit wang hampir Rp1 bilion (RM66 juta) ke dalam akaunnya.

Tukang gunting yang dikenali sebagai Munna berkata, dia sedang bekerja di kedainya sebelum menerima satu mesej daripada pihak bank di telefon bimbitnya.

Menurutnya, dia terkejut apabila mesej itu memaklumkan wang berjumlah Rs999,999,999 (RM65,520,330) dikreditkan ke dalam akaun miliknya.

“Saya sangat terkejut apabila menerima mesej berkenaan dan pada mulanya menyangka ia dihantar rakan saya yang mahu bergurau.

“Apabila saya menunjukkan mesej itu kepada rakan saya, dia memberitahu bahawa itu mesej yang dihantar oleh bank,” katanya.

sumber: http://www.hmetro.com.my/node/189048

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts