You are here
berita 

Jururawat bukan diculik, dengan rela hati ikut bekas tunang

Wan Ahmad (tiga dari kiri) meninjau anggota polis dan kakitangan awam menderma darah. FOTO Zain Ahmed

JOHOR BHARU: Polis menafikan dakwaan bahawa seorang jururawat terlatih telah diculik dari Hospital Sultanah Aminah di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata siasatan awal mendapati wanita itu pergi mengikut bekas tunangnya dengan rela hati.

“Keluarganya telah membuat laporan polis pada 31 Mac, sehari selepas dia dilaporkan hilang oleh kakaknya dan polis mengenal pasti lelaki terlibat yang berusia dalam lingkungan 30-an.

“Kami dalam proses mengesan kedua-dua mereka untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri kempen menderma darah di Sutera Mall di sini Rabu.

Enam hari lalu, berita mengenai penculikan seorang jururawat yang diculik dua lelaki tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan 342 Kanun Keseksaan kerana pengurungan salah.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berit…CuTVpJ4ZWh6.99

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts