You are here
berita 

Jurumekap koyak kepala dipukul di set penggambaran

Quote:



Beginilah keadaan kecederaan di bahagian tengah kepala Eva akibat dipukul.


KUALA LUMPUR 24 Jan. – Seorang jurumekap yang dikenali dengan nama Eva Shahrul menerima beberapa jahitan di bahagian tengah kepalanya setelah dipukul oleh seorang juruaudio ketika menjalani penggambaran filem terbitan syarikat produksi tempatan.

Menurut rakan baiknya yang mahu dikenali sebagai Deqsha, kejadian tersebut berlaku di set penggambaran akibat berlakunya salah faham antara kedua-dua pihak terbabit kira-kira seminggu lalu.

“Apa yang saya kesalkan, pihak produksi seolah-olah tidak mengendahkan hal ini kerana masih membenarkan juruaudio berkenaan berada di set, sedangkan Eva trauma untuk datang bekerja.

“Bagaimana individu yang telah mencederakan rakan sekerja tidak diambil sebarang tindakan ke atasnya? Di mana tanggungjawab majikan terhadap pekerjanya?” tanya Deqsha mempersoalkan nasib rakannya.

Tambah Deqsha, mulanya Eva mahu mendiamkan perkara itu tetapi selaku rakan baik dan juga jurumekap selebriti berpengalaman, dia memanjangkannya kepada Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) agar kebajikan pekerja produksi di negara ini terjamin.

“Di Malaysia memang tiada persatuan yang mewakili jurumekap, sebab itu kami yang bekerja untuk produksi tempatan bergantung harap dengan Profima jika ada apa-apa berlaku.

“Walaupun bukan saya yang menjadi mangsa, tetapi saya amat memandang serius hal ini kerana ia membahayakan nyawa orang lain” ujarnya.

Justeru Deqsha berharap, wakil pengurusan syarikat produksi terbabit menangani segera isu itu supaya tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/terk….pCjaD20N.dpuf

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts