You are here
berita 

Judi sabung ayam atas talian dibongkar

KEGIATAN judi sabung ayam dalam talian yang disiarkan secara langsung di skrin televisyen ketika serbuan di sebuah rumah kedai di RH Plaza, Jalan Airport, Lundu, Sarawak, kelmarin

Quote:

LUNDU 16 Feb. – Aktiviti judi sabung ayam kini semakin canggih apabila tidak lagi menggunakan gelanggang tradisional di kawasan lapang, sebaliknya dilakukan secara dalam talian

Taktik terbaharu kaki judi itu terbongkar apabila polis menyerbu sebuah premis perjudian di tingkat satu rumah kedai di RH Plaza, Jalan Airport di sini, pukul 8.15 malam tadi

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, dalam serbuan itu, polis turut memberkas 18 orang yang sedang leka bermain judi sabung ayam dalam talian

“Kegiatan perjudian sabung ayam dalam talian ini terbongkar hasil soal siasat yang dijalankan selepas serbuan judi sabung ayam terbesar membabitkan lebih 200 tangkapan di sebuah gudang yang sudah diubah suai di Kota Samarahan baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini

Beliau berkata, semasa serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota JSJ, Ibu pejabat Polis Kontinjen negeri diketuai Asisten Superintenden Shuib Abdul Samat itu, 18 kaki judi di premis berkenaan tidak sempat melarikan diri kerana sedang fokus kepada perlawanan sabung ayam yang disiarkan di skrin televisyen

Katanya, kumpulan kaki judi terbabit didapati sedang menonton perlawanan sabung ayam dipercayai disiarkan secara langsung menerusi kaedah penstriman dari negara jiran

“Kita merampas dua set televisyen, komputer riba, monitor, peralatan wifi dan wang tunai RM3,360,” katanya

http://www.utusan.com.my/berita/jena…KfvBs.facebook


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts