You are here
berita 

JPJ nafi tular kompaun lewat baharui lesen memandu

Quote:

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini, menafikan viral di media sosial kononnya jabatan itu mengenakan kompaun ke atas pemandu yang lewat memperbaharui lesen

JPJ dalam satu kenyataan berkata, kompaun sehingga RM300 yang disebarkan itu adalah kadar bagi kesalahan memandu atau menunggang tanpa lesen atau lesen tamat tempoh

Bagaimanapun, pengurangan bayaran ditawarkan kepada pesalah yang menjelaskan kompaun dalam tempoh ditetapkan

“Sebarang pembaharuan lesen memandu tamat tempoh boleh dilakukan di semua kaunter JPJ atau agensi yang dilantik tanpa dikenakan kompaun dan tertakluk kepada lesen memandu yang tamat tempoh tidak lebih tiga tahun

“Justeru, JPJ menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh, percaya dan menyebarkan mesej melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp yang tidak mempunyai sumber sah

“Jika ada kemusykilan, rujuk terus kepada JPJ,” katanya

Terdahulu, satu viral tersebar di media sosial mendakwa JPJ mengenakan kompaun sekiranya lewat memperbaharui lesen

Ia turut mendakwa kononnya kadar kompaun itu adalah undang-undang baharu terhadap pemandu mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan memandu tanpa lesen sah dan tamat tempoh

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232302


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts