You are here
berita 

Jokowi tidak gunakan siren, kurangkan pengiring

Pengguna jalan raya memberi laluan kepada Jokowi yang dilihat tidak terlalu berkira dari segi protokol.

JAKARTA – INDONESIA. Presiden Indonesia, Joko Widodo yang mesra dipanggil Jokowi mengurangkan jumlah kenderaan pengiring daripada 15 buah kepada hanya tujuh buah dalam konvoinya bagi mengurangkan kesesakan.

Memetik laporan daripada sebuah portal tempatan, Jokowi menyedari masalah tersebut sejak mengambil alih jawatan itu daripada Susilo Bambang Yudhoyono.

Kini, konvoi Jokowi cuma melibatkan kenderaan Mercedes-Benz G Class, Mercedes-Benz S600 Pullman Guard serta motosikal Honda Goldwing dan Yamaha FZ1.

Ini sekali gus mempercepatkan pergerakan presiden itu sendiri.

Kementerian Sekretariat Negara pada 6 April lalu turut memuat naik rakaman video eksklusif tugas pengawalan presiden yang dilakukan Pasukan Pengaman Presiden (Paspamres) dengan teratur.

Video itu yang telah disaksikan lebih 24,000 kali itu memperlihatkan rombongan tersebut langsung tidak menggunakan bunyi bising siren untuk mendapatkan laluan serta memberi tanda penghargaan kepada pengguna jalan dengan memberikan isyarat ibu jari tangan.

Keunikan cara presiden itu memberikan impak yang positif sehingga menerima pujian daripada netizen.

Konvoi itu bukan sahaja tidak memekakkan telinga kerana tiada bunyi siren yang kuat, malah Jokowi tidak dilihat mementingkan diri dengan mengarahkan penutupan jalan.

Menerusi video berdurasi empat minit itu menunjukkan proses pergerakan presiden dari Istana Bogor di Jawa Barat menuju Istana Merdeka di sini sejauh 61 kilometer yang lazim mengambil masa 69 minit jika tiada kesesakan.

Tindakan Jokowi ini menyebabkan rakyat Indonesia lebih menghormatinya kerana tidak terlalu berkira dari segi protokol.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/global…iring-1.656486

.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts