You are here

Johan As'ari terharu dengan tindakan Shila Amzah

Pelakon Johan As’ari melahirkan rasa terharunya apabila penyanyi yang kini popular di China, Shila Amzah meluangkan masa untuk menziarahi ibunya yang sakit di hospital baru-baru ini.
Johan As'ari terharu dengan tindakan Shila Amzah, info, terkini, hiburan, artis,
Johan berkata, dia tersentuh dengan sikap baik hati Shila yang sanggup datang melawat ibunya iaitu Datin Firdaus Abdul Kadir walaupun sibuk dengan kerjaya seninya.

“Saya terharu dia dan keluarganya sudi ziarah ibu saya ketika di hospital dan jelas menunjukkan dia sangat mengambil berat dan tidak mudah memutuskan silaturrahim biarpun ada salah faham sebelum ini,” katanya seperti yang dipetik dari laporan mStar.

Sementara itu, ketika diminta mengulas tentang fotonya bersama penyanyi itu di Instagramnya baru-baru ini, Johan menjelaskan dia tiada sebarang niat tertentu ketika melakukan tindakan tersebut.

Johan As'ari terharu dengan tindakan Shila Amzah, info, terkini, hiburan, artis,
Foto Johan bersama Shila yang mencetuskan pelbagai reaksi peminat.
“Saya jujur dengan hati dan diri saya dan tiada sebarang niat tertentu apabila memuat naik gambar berkenaan apatah lagi cuba memikat hatinya kembali dan ia sekadar ingatan saya kepada Shila,” jelasnya yang sekadar ingin bertanya khabar kepada bekas kekasih aktor Sharnaaz Ahmad itu.

Dalam pada itu, Johan juga berkata dirinya yakin bahawa Shila sudah pun melupakan segala peristiwa di antara mereka kerana wanita itu seorang yang baik hati dan pemaaf.

Walaupun tidak berhubung lagi dengan penyanyi yang pernah menyertai rancangan “I Am Singer” itu, Johan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan Shila yang sedang mencipta nama di negara tembok besar itu.

Dalam perkembangan lain mengenai kerjaya Johan, dirinya kini sedang berada di Pulau Krabi, Thailand bersama pelakon Liyana Jasmay dan Hisyam Hamid untuk penggambaran drama bersiri “Cintaku Di Krabi”.

Baca : Ezany Tolak Permohonan Cerai Isteri


Sumber : tupai.com.my

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment