You are here

Jimmy Shanley jumpa pengganti

Shah Alam: Dua tahun menduda dan sebelumnya berdepan dengan kemelut sengketa rumah tangga akhirnya kepiluan hati pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 34, terubat apabila menemui pengganti baru.
Tepat jam 6.15 petang tadi, Jimmy selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Mariam Jamilah Abdul Jalil, 26, dengan sekali lafaz di Hotel Concorde, dekat sini. 
Upacara itu disempurnakan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Abdul Jalil Othman sambil diperhatikan Juru Daftar Nikah dan Cerai Shah Alam, Ustaz Khairudin. 

Jimmy menyerahkan wang mas kahwin RM1,000, hantaran sebanyak RM15,000 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh oleh pengantin perempuan.

Ini adalah perkahwinan kedua Jimmy yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata Zahra Rania Shanley, 3 tahun. Pasangan ini bercerai pada Oktober 2012.-hmetro online


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment