You are here

Jihan: Penyingkiran Saya Dari #AF2014 Itu Hanya Gimik

Pelawak dan pengacara Jihan Muse akui penyingkirannya sebagai pengacara utama di konsert Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) pada malam ahad lalu adalah hanya satu gimik dan dia sengaja kelihatan seperti terkejut.
Jihan: Penyingkiran Saya Dari #AF2014 Itu Hanya Gimik, info, terkini, hiburan, AF2014, gosip, kontroversi AF2014, sensasi,
Jihan berkata dia sudah pun diamanatkan untuk mengacarakan program itu hanya untuk minggu pertama konsert sahaja dan minggu seterusnya akan ada hos lain yang akan menggantikannya.
Artikel Terdahulu : Peminat Berang Jihan Raja Lawak DIkeluarkan Dari AF2014

“Sebenarnya itu salah satu gimik sahaja dan saya sengaja kelihatan terkejut dengan penyingkiran itu. Sedangkan, saya sudah pun sedia maklum tugas saya sebagai pengacara kosert AF2014 hanya untuk malam itu sahaja.

“Saya gembira kerana gimik itu menjadi dan ramai yang tidak menyangkanya. Sedangkan komitmen utama saya di AF 2014 adalah untuk mengendalikan episode Diari AF2014 sahaja.

“Lagipun memang konsep Akademi Fantasia yang sentiapa mahu memberikan kejutan setiap minggu,” katanya ketika dihubungi murai.com.my

Malam Ahad lalu, AF 2014 membuat kejutan apabila mengeluarkan 4 bagasi yang membuat penonton menyangka  4 orang pelajar akan tersingkir pada malam itu.

Namun ianya hanyalah gimik semata-mata apabila Faizal Ismail muncul. Zizan mengumumkan nama Jihan yang akan tersingkir pada malam itu manakala Faizal Ismail akan menggantikan tempat Jihan bagi konsert yang akan datang dan seterusnya.

Mengulas mengenai pengalaman pertama kali mengacarakan konsert AF2014, Jihan memberitahu perasaannya bercampur baur.

“Saya gembira dan teruja apabila diberi peluang mengacarakan acara pada malam itu namun tak dinafikan buat pertama kalinya saya rasa agak gugup namun aianya masih terkawal ,” ceritanya.

Konsert Mingguan AF2014 disiarkan secara langsung setiap hari Ahad jam 9.00 Malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

 photo good_zps9ceffaa5.gif

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment