You are here
berita 

Jet menjunam, juruterbang jet pejuang Thailand maut semasa pertunjukan udara

KEPULAN asap tebal kelihatan selepas pesawat udara tentera Thailand terhempas berhampiran landasan kapal terbang di selatan Hat Yai, pagi tadi

Quote:

BANGKOK: Seorang juruterbang pesawat udara tentera Thailand terbunuh, selepas jet pejuang yang dipandunya terjunam lalu terbakar dalam satu pertunjukan udara di selatan Hat Yai, pagi tadi

Rakaman kemalangan menunjukkan orang ramai menjerit kerana terkejut melihat pesawat terbabit menjunam lalu terhempas berhampiran landasan kapal terbang, hingga mengeluarkan api dan kepulan asap tebal

“Seorang juruterbang terbunuh dalam kemalangan pagi ini,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral, Kongcheep Tantravanich kepada AFP

Punca nahas masih dalam siasatan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/234446


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts