You are here
berita 

Jerut isteri kerana minta cerai, suami didakwa cuba bunuh

Izaki Mohamed Taib dibawa ke mahkamah atas pertuduhan cuba membunuh isterinya dengan menjerut wanita itu di Mahkamah Sesyen Batu Pahat, Batu Pahat, Johor, hari ini. – UTUSAN ONLINE

BATU PAHAT 8 Dis. – Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan cuba membunuh isterinya dengan menjerut leher wanita itu kerana meminta cerai.

Tertuduh, Izaki Mohamed Taib, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Amran Jantan.

Dia dituduh menjerut leher isterinya, Nursuhana Misni, 22, dengan menggunakan seutas tali nilon bagi membunuhnya di dalam kereta di tempat letak kereta sebuah pasar raya di sini, antara pukul 7.35 malam sehingga 7.45 malam, 28 November lalu.

Izaki dituduh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mustaqim Sukarno.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahk….4e9hac2n.dpuf

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts