You are here
berita 

Jari bengkak hingga nampak isi akibat tersangkut cincin

KEADAAN jari seorang wanita warga emas yang cedera akibat dua bentuk cincin di jari manisnya tidak dapat dikeluarkan dalam kejadian di Batu Gajah hari ini. – UTUSAN ONLINE


Bomba sedang memotong cincin di jari manis tangan kanan mangsa. FOTO ihsan bomba

BATU GAJAH 6 Mac – Seorang wanita warga emas terpaksa menahan kesakitan sejak beberapa hari lalu apabila dua bentuk cincin di jari manisnya tidak dapat dikeluarkan.

Kejadian itu menyebabkan jari warga emas itu membengkak hingga menampakkan isi jarinya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Halid Md. Zin berkata, wanita berusia lingkungan 70-an itu dibawa ke balai bomba oleh anak lelakinya pada pukul 1.01 petang.

Katanya, pihaknya mengambil masa kira-kira 57 minit untuk mengeluarkan cincin berkenaan dengan menggunakan alat pemotong cincin.

“Wanita tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Batu Gajah dengan menaiki ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wila…#ixzz4aYIRqV9o

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts