You are here
berita 

Janin ditemui dalam bakul sampah di asrama Kolej Polytech Mara

BEBERAPA anggota polis membuat pemeriksaan lanjut di lokasi penemuan janin bayi di asrama perempuan sebuah kolej swasta di Kota Bharu, malam ini. – UTUSAN

KOTA BHARU 7 Feb. – Warga sebuah kolej swasta, di sini kecoh dengan penemuan janin bayi dalam bakul sampah di sebuah bilik di asrama pelajar perempuan institut pengajian tinggi tersebut hari ini.

Janin yang sudah cukup sifat dan dipercayai lelaki itu ditemukan oleh warden asrama berkenaan kira-kira pukul 3 petang.

Difahamkan sebelum penemuan janin bayi itu, warden asrama terbabit terdengar perbualan beberapa pelajar yang mendakwa ternampak kesan darah di atas katil salah seorang penghuni bilik itu.

Susulan itu, dia membuat pemeriksaan di bilik berkenaan dan menemukan kain cadar dipenuhi darah dalam baldi sebelum menemukan beg plastik berisi janin bayi di dalam bakul sampah di bilik yang sama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad mengesahkan penemuan janin bayi tersebut.

Quote:

Lokasi. Kolej Poly Tech Mara, Lembah Sireh, Kota Bharu



http://www.utusan.com.my/berita/terk…kolej-1.441766

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts