You are here
berita 

Janda bersama teman lelaki terlena lepas khayal pil kuda

Suspek wanita yang ditahan bersama teman lelakinya ketika sedang tidur di kediaman keluarganya di Jelawat selepas khayal pil kuda.

BACHOK – Seorang janda anak dua dicekup anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ketika sedang terlena bersama kekasihnya selepas khayal di sebuah rumah di Kampung Jelawat, baru-baru ini.

Pasangan yang terlibat dengan penagihan dadah selama 10 tahun ini dikatakan sudah tiga kali ditangkap atas kesalahan sama sebelum ini.

Ketua Unit Penguatkuasa AADK Bachok, Mohamad Rostam Mohd Aluwi berkata, suspek wanita berusia 32 tahun itu mempunyai dua anak berusia lima dan lapan tahun, manakala suspek lelaki itu pula berusia 35 tahun.

“Mereka berdua tidak bekerja dan hanya bergantung kepada ibu bapa sahaja untuk membeli bekalan dadah. Ujian saringan urin yang dijalankan mendapati mereka positif pil kuda.

“Suspek wanita itu ditempatkan di Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) Bachok untuk menjalani rawatan dan pemulihan penagih dadah,” katanya.

Beliau berkata, dua suspek itu adalah sebahagian daripada 15 suspek yang ditahan dalam operasi perangi pil kuda di sekitar Kampung Bukit Marak, Alor Bakat dan Pak Simpul.

“Semua suspek ditahan untuk menjalani ujian saringan urin dan 10 daripadanya didapati positif dadah jenis methaphetamine atau pil kuda dan morfin.

“Semua suspek berusia dalam lingkungan umur 21 hingga 50 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/…-kuda-1.650167

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts