You are here
berita 

Janda Ampang yang popular di kalangan penagih

WANITA berusia 45 tahun ditahan bersama peralatan menagih dadah di bilik sewanya di Taman Cempaka.

Ampang Jaya: Dia kerap muncul dengan berpakaian baju tidur labuh untuk mengaburi kegiatan jenayah dilakukan.

Itu antara taktik seorang ‘janda kelawar’ yang dikesan menggunakan busana itu untuk mengambil dadah yang diletakkan penjual di tong sampah berhampiran kediamannya.

Malah, janda terbabit didakwa popular dalam kalangan penagih di Taman Cempaka, di sini, selepas dikesan sering menjadikan rumahnya sebagai sarang melepaskan gian beramai-ramai.

Wanita berusia 45 tahun itu yang menyewa bilik di rumah kedai di kawasan itu turut menyediakan dapur kepada penagih untuk memasak syabu.

Dia yang menjadi janda sejak 14 tahun lalu difahamkan bermurah hati apabila turut memberi hutang kepada rakan penagih yang tidak mempunyai duit untuk membeli dadah.

http://www.hmetro.com.my/node/207983

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts