You are here
berita 

Jabatan Kastam bakal dikorporatkan: Najib

Najib menyampaikan ucapan pada Malam Penghargaan Kastam Diraja Malaysia di Dewan Seri Endon Puspanitapuri hari ini. – Foto Bernama

Jabatan Kastam bakal dikorporatkan: Najib

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan keputusan untuk mengkorporatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak lama lagi dengan skim perkhidmatan yang lebih baik.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah pengkorporatan JKDM telah tertangguh berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015.

“Memandangkan kecemerlangan anggota Jabatan Kastam menjalankan tugas dengan cemerlang maka kerajaan akan korporatkan jabatan ini dengan skim perkhidmatan yang lebih baik,” katanya.

Berucap pada Majlis Penghargaan Kastam Bersama Perdana Menteri di sini malam ini, Najib berkata ia merupakan hadiah terbaik kepada anggota JKDM dan Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad yang akan bersara beberapa hari lagi.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Lee Chee Leong. – Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasion…najib-1.642506

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts