You are here
berita 

Isteri orang kaya diculik di Johor sebelum dilarikan ke Batam

TAN Sri Khalid Abu Bakar pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat penambahbaikan dan perluasan sistem pusat Unit Risikan Jenayah di sini, hari ini. – Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Isteri orang kaya Malaysia dilarikan ke Batam berjaya diselamatkan, 18 penculik ditahan

KULAI: Seorang suri rumah yang diculik di Johor Bahru dan dikurung 27 hari dalam sebuah rumah ladang di Pulau Batam, Indonesia, berjaya dibebaskan polis Malaysia semalam.

Berikutan itu, polis berjaya menahan 12 individu di Johor Bahru, enam lagi di Batam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa pulang dengan selamat.

Katanya, mangsa diculik di rumahnya pada jam 3.30 pagi pertengahan bulan lalu dan dibawa ke Pulau Batam sebelum dikurung di sana, tetapi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil kerjasama pihak keluarga juga kes ini tidak dihebahkan, tiada publisiti dan selepas 27 hari polis berjaya mengesan mangsa dan menahan individu terbabit.

“Penculik ada meminta wang tebusan, tetapi saya tidak mahu mendedahkannya… jumlahnya memang besar. Apa pun saya berterima kasih kepada pihak polis Singapura dan Indonesia atas usaha sama menyelesaikan kes ini dan esok saya akan bertemu rakan sejawat saya dari Indonesia di Langkawi bagi membincang lanjut perkara ini, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat penambahbaikan dan perluasan sistem pusat Unit Risikan Jenayah di sini, hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dan Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Zakaria Ahmad.

Dalam perkembangan lain, Khalid turut mengaitkan kejayaan itu dengan satu lagi kes penculikan di Petaling Jaya membabitkan individu bernama Pastor Raymond Koh Keng Joo, Februari lalu.

“Kes penculikan pastor berbeza. Terlalu banyak publisiti diberikan sehingga polis kini buntu dan belum ada petunjuk baharu dalam siasatan berhubung kes berkenaan.

“Saya minta semua pihak termasuk media, badan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana pihak untuk menutup mulut (tidak menghebohkan) dan bagi ruang pada polis menjalankan siasatan,” katanya.

http://www.bharian.com.my/node/262060

Quote:

Dalang utama kes culik ditahan


Kamarul Zaman (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan sepucul pistol dan beberapa barang rampasan berikutan satu tangkapan suspek kes culik seorang surirumah pada sidang media di Balai Polis Yong Peng. Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Batu Pahat: Lelaki warga Indonesia berusia 39 tahun yang juga dalang utama kes penculikan membabitkan suri rumah di Kulai Johor lalu, pertengahan bulan lalu ditahan polis di Plaza Tol Yong Peng Selatan 5.15 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, turut ditemui sepucuk pistol semi auto dan 23 butir peluru kaliber 380 dan telefon bimbit pada badan suspek.

Katanya, suspek dipercayai mahu melarikan diri ke arah utara menaiki sebuah teksi selepas berita kejayaan polis menumpaskan rakan jenayahnya tersebar dalam media.

“Suspek ini adalah penjenayah yang kita syaki membawa lari seorang wanita dalam kes culik ini ke Batam, Indonesia, yang kita percayai dia menggunakan laluan haram dari Penggerang, Kota Tinggi, menggunakan bot, dan seterusnya kita akan menyiasat secara lebih teliti.

“Suspek adalah penjenayah paling dikehendaki dalam kes ini dan dia adalah dalang utama dan setakat ini ada 19 orang dan dia adalah terakhir dalam kumpulan ini yang ditahan.

“Pemandu teksi turut ditahan bantu siasatan. Jika pemandu tidak terbabit kita akan bebaskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 dan Seksyen 5 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya pada sidang media di Balai Polis Yong Peng di sini hari ini.

http://www.hmetro.com.my/node/214995


Quote:

Wife of wealthy Malaysian businessman abducted and held at Batam for 27 days

The kidnappers demanded a ransom sum of $3 million, which was paid up by her family. Malaysian and Indonesian police then managed to rescue the woman on Sunday (Mar 19), while also managing to recover the entire ransom sum. 18 suspects have also been arrested.


Malaysian police have arrested a total of 18 Malaysians and Indonesians suspected to be involved in the kidnapping of the wife of a wealthy Malaysian Chinese businessman.


The 30-year-old woman was kidnapped from her home in Bandar Putra Kulai in Johor at around 3.30am on Feb 21.


The kidnappers broke into the woman’s home and abducted her, having gained knowledge about her background and daily routines.


She was taken by boat to Batam, Indonesia by the abductors, where she was held captive at a farm.


The kidnappers demanded a ransom sum of $3 million, which was paid up by her family.


Malaysian and Indonesian police then managed to rescue the woman on Sunday (Mar 19), while also managing to recover the entire ransom sum. 18 suspects have also been arrested.


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts