You are here
berita 

Isteri muda nekad lapor polis, suami dan madunya terlibat dadah

INDIVIDU yang ditahan menjalani ujian air kencing sebelum disahkan positif dadah.

Petaling Jaya: Tidak tahan melihat hidup suami dan isteri pertama bergelumang najis dadah menyebabkan seorang wanita yang juga isteri muda nekad melaporkan kegiatan mereka kepada pihak berkuasa.

Wanita berusia 20-an itu mengambil keputusan melaporkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selepas tidak sanggup melihat kehidupan dua anak tirinya terabai.

Dalam serbuan mengejut ke rumah keluarga itu di Sungai Buloh jam 2 pagi semalam, kediaman terbabit didapati berselerak serta tidak terurus.

Keadaan sangat menyedihkan apabila semua anak pasangan terbabit hanya bergelimpangan di ruang tamu tanpa bilik tidur sempurna.

Difahamkan, pemilik rumah iaitu seorang lelaki berusia 38 tahun mengaku isteri pertamanya itu turut menagih dadah bersamanya.

Pemangku Ketua Pegawai AADK Daerah Petaling, Shahrilnizar Nordin berkata, lelaki terbabit antara empat individu ditahan dalam operasi serbuan di sekitar Subang Jaya, Taman Medan dan Sungai Buloh.

Katanya, dalam operasi itu, tujuh individu diperiksa dan empat daripadanya didapati positif dadah.

“Semua yang ditahan berusia 19 hingga 50 tahun dan mereka didapati menagih morfin.

“Semua yang ditahan dibawa ke pejabat AADK Petaling untuk tindakan selanjutnya,” katanya, semalam.

http://www.hmetro.com.my/node/190881

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts