You are here
berita 

Isteri lihat sendiri suami perkosa anak di Sungai Petani

Suspek ditahan reman oleh pihak polis selepas disyaki memperkosa dua anak tiri

SEORANG pemandu lori syarikat konsesi pembersihan ditahan polis tengah hari semalam, kerana merogol dua anak tirinya berusia 13 dan 15 tahun di rumah mereka di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak Disember tahun lalu.

Difahamkan lelaki berusia 47 tahun ditahan susulan laporan dibuat isterinya di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kuala Muda pagi semalam, selepas dia melihat sendiri perbuatan terkutuk dilakukan suspek di dalam bilik tidur mereka.

Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abd Hamid, berdasarkan laporan pengadu, suspek dikatakan merogol kedua-dua anak mereka sejak Disember 2017.

Malah katanya, suspek turut mengugut supaya kejadian itu tidak diceritakan kepada sesiapa.

“Kedua-dua mangsa pernah menceritakan perbuatan suspek walaupun pada mulanya ibu mereka tidak mempercayai cerita disampaikan.

“Hinggalah wanita itu melihat sendiri suaminya meraba kedua-dua anak perempuannya sebelum cuba merogol mangsa,” katanya.

Menurutnya, susulan laporan polis diterima, suspek berjaya ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah ketika sedang memandu lori sekitar Amanjaya, Sungai Petani sebelum dibawa ke IPD Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

“Suspek kemudian direman sehingga 23 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/2018…ami-rogol-anak

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts