You are here
berita 

Isteri durjana! Sekongkol dengan kekasih warga Nepal bunuh suami sendiri

Quote:

Teluk Intan: Seorang isteri bersekongkol dengan kekasihnya, warga Nepal, untuk membunuh suaminya di rumah mereka di sini, Jumaat lalu

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, wanita berusia 30 tahun itu datang sendiri di Balai Polis Hutan Melintang, Bagan Datoh, untuk membuat laporan

Katanya, wanita berkenaan menyatakan suaminya, seorang pemandu lori ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah mereka di Kampung Mutiara, Batu 10, Jalan Hutan Melintang

“Hasil siasatan mendapati lelaki berusia 40-an itu maut dipukul menggunakan objek tumpul dipercayai tukul besi di belakang kepala,” kata Wan Hassan dalam kenyataan di sini, hari ini

Selepas siasatan, Wan Hassan berkata pihak polis menahan wanita berkenaan pada hari kejadian

Teman lelakinya serta abang wanita itu yang berusia 31 tahun, ditahan keesokannya

“Ketika soal siasat, kedua-dua suspek membuat pengakuan membunuh mangsa dan kita turut menemui barang kes pembunuhan itu

“Motif pembunuhan dipercayai disebabkan percintaan tiga segi antara isteri mangsa dengan lelaki Nepal itu,” katanya yang percaya kes berkenaan sudah berjaya diselesaikan

Menurutnya, semua suspek berkenaan ditahan reman tujuh hari bermula semalam, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Wan Hassan turut meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu agar menghubungi balai polis di talian 05-6299222 untuk membantu siasatan

http://www.hmetro.com.my/node/187018


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts