You are here
berita 

Isteri dibelasah kerana gunting rambut pendek

Rumah di Kampung Telok, Kuala Perlis inilah tempat seorang suri rumah dibelasah suami hanya kerana menggunting pendek rambutnya.

KANGAR – Hanya kerana menggunting rambut sehingga pendek, seorang suri rumah menahan azab dibelasah dan dimaki hamun suaminya yang berang dengan perbuatan wanita itu dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Telok, Kuala Perlis di sini baru-baru ini.

Suri rumah berusia 29 tahun itu dikatakan menggunting sendiri rambutnya yang sebelum ini panjang sehingga paras pinggang.

Selepas digunting rambut wanita itu hanya tinggal paras leher.

Sebelum menggunting rambutnya, wanita itu telah mewarnakan rambutnya menjadi coklat.

Namun selepas beberapa hari dengan gaya rambut warna coklat itu, mangsa mula gusar mengenai solatnya kerana dikhuatiri tidak sah.

Bagi menghapus perasaan itu, mangsa bertindak memotong sendiri rambutnya.

Semasa memotong rambutnya, suami wanita itu tiada di rumah.

Namun kepulangan suaminya hanya disambut maki hamun sebelum lelaki itu bertindak membelasahnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as…#ixzz4TQIEEgR9

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts