You are here
berita 

Industri rel perlukan 16,000 pekerja pada 2020 – CEO TDA

Quote:

PORT DICKSON: Industri rel yang semakin berkembang pesat di negara ini memerlukan kira-kira 16,000 pekerja pada tahun 2020, kata Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Depositori Teknologi Bhd (TDA), Datuk Zailani Safari

Beliau berkata, ketika ini bilangan pekerja dalam industri rel, iaitu dalam bidang teknikal dan pengurusan, adalah kira-kira 10,000 orang

Katanya, penyertaan pekerja tempatan dalam industri ini adalah antara keutamaan TDA bagi memastikan pelaburan besar kerajaan membawa pulangan kepada negara dan rakyat

“Dalam setiap kerjasama dengan pembekal luar negara bagi projek dalam industri rel, kita mensyaratkan penyertaan pekerja tempatan

“Ini yang menyebabkan TDA bekerjasama dengan universiti awam dan politeknik untuk menyediakan tenaga kerja yang mampu memenuhi kehendak industri,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Festival Kerjaya Politeknik Port Dickson di sini, hari ini

Zailani berkata, antara kerjasama itu ialah menghantar pensyarah universiti awam dan politeknik ke beberapa negara seperti Portugal, Perancis dan China untuk mempelajari teknologi baharu dalam industri rel

Katanya, ini membolehkan mereka memindahkan pengetahuan baharu kepada pelajar, sekali gus membolehkan negara mampu melahirkan graduan yang memenuhi kehendak industri rel

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/256925


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts