You are here
berita 

India buka ratusan pusat sokongan mangsa rogol

NEW DELHI: Ratusan pusat sokongan bagi wanita yang menjadi mangsa keganasan seksual akan dibuka di seluruh India menerusi satu skim yang diumumkan hari ini, susulan peningkatan tekanan terhadap cara polis mengendalikan kes rogol.

Setakat ini, polis di empat negeri sudah menandatangani inisiatif ‘Justice for Her’ yang dijalankan dengan kerjasama University Sheffield Hallam, Britain.

Sebanyak 51 pusat terbabit yang menyasarkan usaha untuk meningkatkan penyaluran bantuan kepada mangsa akan dibuka di Madhya Pradesh, iaitu negeri yang mencatatkan rekod terburuk kes rogol di India.

Yang turut menandatangani inisiatif itu ialah New Delhi dan dua negeri di utara, iaitu Haryana dan Punjab.

India menjadi tumpuan dunia sejak 2012, berikutan insiden rogol dan pembunuhan seorang wanita di dalam sebuah bas di New Delhi.

Sejak itu, jumlah kes rogol dilaporkan semakin meningkat, namun kumpulan hak asasi mendakwa usaha kerajaan untuk mempercepatkan perbicaraan membabitkan jenayah itu dan menyediakan talian terus untuk mangsa, adalah tidak mencukupi. – AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/asi…n-mangsa-rogol

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts