You are here
berita 

Imam masjid, bekas ustazah didenda kerana berkhalwat

Hiasan.

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Seorang imam sebuah masjid di Melawati dan pasangannya masing-masing didenda RM2,900 dan penjara 14 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini atas pertuduhan berkhalwat di dalam sebuah rumah, hujung Julai lalu.


Mohd. Noruddin Salam Naluwi, 29, dan Siti Khadijah Md. Ghazali, 27,yang merupakan bekas ustazah di pusat Islam sebuah universiti awam itu masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumah lelaki itu di No. 50, Jalan C10, Taman Melawati dekat sini, kira-kira pukul 3.30 pagi, 30 Julai lalu.


Pertuduhan dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Tuan Sara Waheeda Tuan Dir mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

http://www.utusan.com.my/berita/mahk…denda-1.422163

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts