You are here
berita 

Ibu Shafie Apdal meninggal dunia

AHLI Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

ALLAHYARHAMAH Bunga Suara Dandai, 85, ibu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Quote:

SEMPORNA: Ibu Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di sini, kira-kira jam 6.30 pagi tadi

Allahyarhamah Bunga Suara Dandai, 85, meninggalkan lapan anak termasuk Mohd Shafie yang juga anak kelima, selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu, Datuk Yusof Apdal

Jenazah Allahyarhamah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Semporna berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, selepas Asar hari ini

Difahamkan, ketika Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir, Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen

Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah, Darell Leiking, berkata beliau mewakili Majlis Tertinggi parti itu merakamkan takziah kepada Mohd Shafie dan keluarga atas pemergian bonda Allahyarhamah

Allahyarhamah juga adalah adik kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/260680


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts