You are here

Ibu muda mengaku tidak bersalah buang anak lelaki setelah rangka ditemui di Melaka

Melaka: Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majsitret Ayer Keroh di sini atas pertuduhan membuang anak lelakinya berusia dua tahun di sebuah rumah di Jalan Bayan 14, Bukit Katil, Februari lalu.

Tertuduh Siti Fatimah Maulad Mohamad Zin, 24, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai ibu bapa atau orang yang bertanggungjawab menjaga Mohamad Irfan Abd Hadi, 2, dengan sengaja mendedah atau meninggalkan kanak-kanak itu dengan niat membuangnya di sebuah rumah di Jalan Bayan 14, Taman Bukit Katil, di sini, kira-kira jam 10.30 malam, 11 Februari 2014.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Harian Metro 1 September lalu melaporkan, penemuan satu rangka manusia dipercayai kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang disyaki mangsa bunuh ditanam di belakang sebuah rumah teres di Bukit Katil susulan penahanan sepasang kekasih di sebuah rumah di Muar, Johor.

SITI Fatimah diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke mahkamah.

gambar-ibu-muda

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment