You are here
berita 

Ibu bapa angkat cari ibu kandung warga Indonesia untuk mudahkan pendaftaran kelahiran

Quote:

SHAH ALAM – Sepasang suami isteri meminta kerjasama orang ramai mengesan ibu kandung kepada anak angkat mereka bagi memudahkan prosedur mendaftar sijil kelahiran

Junaidi Ismail, 50 berkata, ibu kandung anak angkatnya itu seorang warganegara Indonesia dikenali sebagai Tutek Buntas, 36

Katanya, wanita tersebut gagal dihubungi setelah berpindah selepas menyerahkan anaknya itu kepadanya setelah tiga hari dilahirkan

“Wanita ini mempunyai empat orang anak sebelum melahirkan anak kelimanya dan menyerahkan kepada saya. Saya pernah menghubunginya selepas dia berpindah dari Taman Impian Ehsan, Balakong untuk menyelesaikan pendaftaran sijil kelahiran anaknya, tetapi dia gagal dihubungi,” katanya

Sehubungan itu, beliau berharap wanita tersebut dapat ditemui semula bagi memudahkan proses pendaftaran kelahiran anak angkatnya, Che Nur Zulaina yang kini berusia 9 bulan

Oang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita yang dicari, boleh menghubungi Junaidi di talian 019-6159806 atau 0111-2477548

http://www.sinarharian.com.my/edisi/…icari-1.607764


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts