You are here
berita 

Ibu, anak dicekik, mayat dibenam dalam lumpur

Quote:

Sungailiat, Bangka: Ibu dan anak dibunuh dengan dicekik sebelum mayat mereka disumbat dalam guni dan dibenam di dalam lumpur di kawasan bekas lombong bijih timah, di Desa Rebo, di sini

Mayat mereka ditemui semalam selepas dipercayai dibunuh dua hari sebelum itu

Mangsa dikenal pasti sebagai Imelda (32) dan anak perempuannya, Aura berusia lingkungan 6 tahun

Suspek yang membunuh dua beranak itu sudah ditahan dan berasal dari daerah sama

Difahamkan, suspek menculik dua beranak itu dan meminta sejumlah wang tebusan sebelum membunuh mereka

Usaha mengesan mayat mereka sedikit sukar kerana dibenam dalam lumpur secara berasingan, namun polis berjaya menemukannya sebelum mayat dibawa ke hospital Sungailiat

http://www.hmetro.com.my/node/194008


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts