You are here
berita 

Hujan lebat landa Arab Saudi, Beberapa kawasan dilanda banjir

HUJAN lebat berterusan menyebabkan gangguan besar-besaran di beberapa bahagian pentadbiran diraja di sini, dengan rantau Asir terjejas teruk akibat banjir

Quote:

JEDDAH/RIYADH: Hujan lebat berterusan menyebabkan gangguan besar-besaran di beberapa bahagian pentadbiran diraja di sini, dengan rantau Asir terjejas teruk akibat banjir

Hujan lebat dan suhu rendah dijangka berterusan sehingga esok di bandar ini sebelum bertukar kepada hujan renyai di Asir dan wilayah timur

Jabatan Meteorologi dan Alam Sekitar (PME) berpusat di Jeddah memberitahu akhbar Arab News, suhu waktu siang di rantau Asir dijangka mencecah 24 darjah Celsius hari ini dan menurun sedikit kepada 23 darjah Celsius esok

Suhu waktu malam jatuh ke paras 17 darjah Celsius. Di Jeddah, suhu malam ini dijangka jatuh ke paras 19 darjah Celsius

Angka kematian semalam kekal seorang di mana mangsa terbunuh di rantau Asir kerana kawasan lembah dinaiki air. Sekurang-kurangnya 10 lagi cedera dan seorang dilaporkan hilang

Pertahanan Awam melaporkan, 25 orang diselamatkan dalam kejadian banjir

Jurucakap Pertahanan Awam Asir, Mohammed Al-Asimi memberitahu agensi SPA, bilik operasi jabatan menerima 699 laporan berkaitan banjir di Abha Selasa, berikutan sembilan kawasan lembah dinaiki air

Bulan Sabit Merah Arab Saudi turut melaporkan 104 nahas kereta dan pemandu kenderaan terperangkap berikutan perubahan cuaca

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/249195


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts