You are here
berita 

Hospital Kinabatangan cari waris lelaki gelandangan

MOHD Hadi yang berada di Wad Lelaki Hospital Kinabatangan

Quote:

KINABATANGAN: Hospital Kinabatangan di sini meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris seorang lelaki yang dimasukkan ke wad lelaki di hospital berkenaan sejak Isnin lalu

Pengarah Hospital Kinabatangan, Dr Mohd Fahmie Othman, berkata lelaki berkenaan, dikenali sebagai Mohd Hadi, 49, sehingga hari ini belum pernah dilawati oleh keluarga mahupun orang dikenali

Lelaki berasal dari Indonesia dipercayai gelandangan dimasukkan ke Hospital Kinabatangan selepas diserahkan oleh penduduk yang melihatnya berkeliaran di kawasan Bukit Garam, di sini

Difahamkan, lelaki itu sebelum ini bekerja di sebuah ladang berhampiran namun telah diberhentikan dan tiada tempat tinggal sejak setahun lalu

Sehubungan itu, orang ramai atau waris mahupun keluarga yang mengenali Mohd Hadi boleh menghubungi Pegawai Kerja Sosial Hospital Kinabatangan, Angeline Yong di talian 089-561857/858 sambungan 126 atau menghubungi Wad Lelaki Hospital Kinabatangan di talian sama dengan sambungan 157

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/257492


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts