You are here
berita 

Helikopter bawa Tan Sri mendarat cemas, cermin pecah dilanggar helang

SEBUAH helikopter jenis Dauphin membawa enam individu termasuk seorang lelaki bergelar Tan Sri dan anaknya, mendarat cemas di padang Sekolah Kebangsaan Tanjung Agas, Pasir Panjang, Port Dickson, jam 3.30 petang tadi.


BANGKAI burung helang yang bertembung dengan helikopter dinaiki seorang Tan Sri dan lima yang lain yang terpaksa mendarat cemas di padang Sekolah Kebangsaan Tanjung Agas, Pasir Panjang, Port Dickson, petang tadi.

PORT DICKSON: Sebuah helikopter membawa enam individu termasuk seorang lelaki bergelar Tan Sri dan anaknya, mendarat cemas di padang Sekolah Kebangsaan Tanjung Agas, Pasir Panjang, Port Dickson, jam 3.30 petang tadi.

Sumber berkata, kejadian itu berlaku apabila helikopter berkenaan bertembung dengan seekor burung helang yang menyebabkan cermin hadapan pecah, sekali gus mencederakan juruterbang.

“Helikopter berkenaan berlepas dari Danga Bay, Johor Bahru pada jam 2.15 petang tadi menuju ke Setapak, Kuala Lumpur, sebelum kejadian itu berlaku.

“Walaupun juruterbang mengalami kecederaan pada kepala, dia berjaya mengawal helikopter dan mendarat dengan selamat di padang sekolah berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, juruterbang serta anak Tan Sri itu yang cedera ringan dirawat di Hospital Port Dickson dan sudah dibenarkan pulang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superitendan Zainudin Ahmad, mengesahkan kejadian berkenaan.

http://www.bharian.com.my/node/221703

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts