You are here
berita 

Harga Gula Naik 11sen – KPDNKK Tidak Pasti & Tidak Tahu Harga Naik

HARGA gula mulai naik sejak semalam iaitu daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram, naik sebanyak 11 sen!

Menurut laporan Oriental Daily, punca kenaikan ini adalah disebabkan peningkatan harga gula di pasaran antarabangsa, ditambah pula penyusutan nilai ringgit, sekali gus mendorong kos yang ditanggung kilang pengeluar gula tempatan turut meningkat.

Difahamkan, kenaikan ini telah diluluskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Memetik laporan akhbar ini, Adun Bahau, Chew Seh Yong mendakwa, beliau telah menerima rungutan daripada orang ramai sejak awal pagi semalam bahawa harga gula telah naik sebanyak 11 sen sekilogram, iaitu daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.

“Setelah mendapat penjelasan daripada pihak berkaitan, akhirnya memang disahkan pihak kerajaan telah setuju dengan kenaikan 11 sen sekilogram ini. Beberapa peniaga telah menjual dengan harga terbaru ini, manakala ada pekedai runcit hanya akan naikkan harga selepas pengumuman dibuat kerajaan,” kata Seh Yong kepada akhbar ini.

Menurut beliau, tidak kira membuat pengumuman atau tidak, kerajaan sepatutnya tidak meluluskan kenaikan harga gula ini kerana ia akan membebankan lagi kos hidup yang ditanggung oleh rakyat jelata ketika ini.

“Apa yang lebih mengecewakan kita ialah kenapa kerajaan tidak telus dalam mengendalikan harga runcit gula ini. Kerajaan terpaksa meluluskannya secara senyap-senyap tanpa memberitahu kepada orang ramai.

“Apabila berlaku keadaan seperti ini, sudah tentu akan menyebabkan pengguna rasa kurang senang hati malahan akan menyebabkan pasaran berada dalam kedudukan keliru,” katanya.

Menurut Seh Yong, gula adalah salah satu barang keperluan penting kepada setiap orang dan setiap kali apabila berlaku kenaikan, ia pasti akan meningkatkan inflasi serta menjejaskan kos sara hidup rakyat.

“Adalah tidak bijak bagi kerajaan membenarkan kenaikan harga gula pada masa ini. Ia seolah-olah menyeksa rakyat yang sudah terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang sebelum ini,” katanya lagi.

– Sinar Harian

Quote:

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ‘tidak pasti’ harga gula naik bermula semalam dari RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Jamil Salleh berkata pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga gula akan dibuat oleh Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Berita Ini Menaikkkan Darah Orang Ramai. “Saya tidak pasti, kita tunggu kalau ada pengumuman rasmi oleh menteri. “Saya tidak boleh cakap apa-apa,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah harga gula naik sebanyak 11 sen bermula semalam.

Sebelum ini, media melaporkan harga gula naik dari RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.

Menurut laporan Oriental Daily, punca kenaikan itu disebabkan peningkatan harga gula di pasaran antarabangsa dan penyusutan nilai ringgit.

Akibatnya, kos yang ditanggung oleh pengilang gula tempatan turut meningkat. – fmt


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts